WORD & GOOGLE DOCS · A4
Kit Sijil Sekolah Editable
8 sijil & watikah siap reka — tukar nama, letak kepala surat sekolah, terus cetak.
Majlis dah dekat, sijil belum siap?
Setiap kali Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Anugerah atau pelantikan pengawas, guru perlu reka sijil dari kosong — cari fon, susun ayat, betulkan jarak. Kerja kecil yang makan masa berjam-jam.
Penyelesaian: templat siap, anda hanya isi
Kit ini mengandungi 8 sijil dan watikah dalam 7 fail Word (.docx). Semua ayat sudah tersusun kemas. Anda cuma tukar teks dalam kurungan seperti [NAMA MURID], [KELAS] dan [TAHUN], kemudian ganti gambar “Letterhead Sekolah” dengan kepala surat sekolah anda.
Kenapa guru suka kit ini
- Mudah diedit di Microsoft Word atau Google Docs — tiada perisian khas.
- Fon cantik sudah tertanam dalam fail (Pinyon Script, Candara, Corsiva dan lain-lain) — rupa sijil kekal walaupun komputer tiada fon tersebut.
- Khat Arab “سجل ختم القرآن” berwarna hijau untuk sijil Khatam Al-Quran.
- Reka bentuk ringkas tanpa bingkai — sesuai dicetak atas tapak sijil berbingkai yang sekolah sudah ada.
- Guna setiap tahun — simpan fail asal sebagai templat.
Apa yang anda dapat
| Fail | Isi |
|---|---|
| 01 Sijil Khatam Al-Quran — Murid | Nama, kelas, majlis khatam peringkat sekolah |
| 02 Sijil Khatam Al-Quran — Guru | Nama guru, tarikh Hijrah/Masihi |
| 03 Sijil Penghargaan Pengawas + Sijil Pencapaian Cemerlang | 2 sijil dalam 1 fail: tempoh berkhidmat; pencapaian, kategori, nama anugerah/pertandingan |
| 04 Sijil Penghargaan Kokurikulum | Jawatan, kelab/persatuan/unit beruniform, No. MyKid |
| 05 Sijil Penghargaan AJK PIBG | Nama AJK, jawatan, sesi |
| 06 Watikah Pelantikan Pengawas | Pelantikan pengawas sekolah |
| 07 Watikah Pelantikan AJK Tertinggi Pengawas | Jawatan dalam AJK Tertinggi |
| 00 Baca Dulu (PDF) | Cara edit, ganti kepala surat, tip cetak, lesen |
Sesuai untuk
Guru Besar, PK, setiausaha majlis, guru penasihat pengawas, kelab dan unit beruniform, Setiausaha PIBG, guru Pendidikan Islam — untuk Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Anugerah Kecemerlangan, Hari Kokurikulum, Mesyuarat Agung PIBG dan majlis pelantikan pengawas.
Soalan lazim
Bagaimana saya terima fail?
Selepas bayaran berjaya, pautan muat turun dihantar ke e-mel anda dan dipaparkan di halaman Akaun Saya. Anda boleh muat turun sehingga 5 kali, tanpa tarikh luput.
Boleh guna Google Docs?
Boleh. Muat naik ke Google Drive dan buka dengan Google Docs. Untuk rupa fon paling tepat, Microsoft Word disyorkan.
Boleh tukar logo dan teks?
Boleh. Semua teks boleh diedit, dan gambar “Letterhead Sekolah” boleh diganti (klik kanan → Change Picture).
Boleh kongsi dengan guru atau sekolah lain?
Tidak. Lesen untuk kegunaan sekolah anda sendiri. Setiap guru perlu membeli lesen sendiri.
Perlu tahu
- Produk digital (fail ZIP) — tiada barang fizikal dihantar.
- Tapak sijil / kertas sijil tidak disertakan.
- Lesen: guna, edit dan cetak untuk sekolah anda sendiri. Tidak boleh dikongsi, dijual semula atau dimuat naik ke kumpulan.
- Soalan: admin@nanidigitalstudio.com









Reviews
There are no reviews yet.